Monday, February 28, 2011
waduh-waduh...
Monday, November 16, 2009
PAK ARAB NGOKKK!!!!
dh lame xupdate blog ni..nk kate bz 2 xla..tp mood 2 xde..
malam ni xtau la nape..tetiba jew terasa nk bukak blog ni..huhu
aduh..arrrghhh..blurr!!
perasaan pn dh xmenentu..huhu
( tp ehem2 slalu pesan..wt xtau je..)
ade benda yg ak nk share ngan korang sumer..
hmm..ade sorang pak arab ni..ak benci sgt2 kat dia..
bnci pn sbb sikap dia jgk..
aritu time ak jd cashier, dia mai nk amik mknn yg dia order..
so, ak layan biasa je la..name lg lyn customer,msti r kena senyum2..
said tq ape sume..lps 2..pak arab ngokk lg biol ni dia tgok jew kt aku..
senyum2..ak ckp lg..tma ksh ape sumer..
nk tau dia bls dgn ape??
dia jelir2 lidah kt aku..mcm org gila seks..eeiikkk!!
ak ape lg...terus p blkg..tkejut + takut wooo...
org mcm ni jgn di layan..padah nnti..
lps 2..ak dh jd takut klu dia dtg order mkn..huhu
b careful with stranger..danger!!
sblm 2 pn..dia dh penah nk pegang tgn ak..
mase 2 aku nk bg balance kt dia..gatal!!
nsib baik ak sempat tarik tgn aku..
aduh..cobaan wei..
lecture pn slalu pesan..yg plg ak igt..cik mot
c.mot dh byk kali pesan..jgn pcaya sgt ngan pak arab ni..
dh ramai 'bunga' kita yg dh kena kt diorang ni..tau tabur jnji je..
bila dh dpt ape yg diorang nak,,fhm2 sdri la..
xpyh nk tangisi lg..bkn kate nsik dh jd bubur..tp bubur pn dh nk basi..huhu
to all my fren...
hati2 la ek..bkn xnak bg kwn or pcaya kt diorang ni..tp pandai2 la jaga diri
jgn smpai kita teraniaya d bumi sdri..
ape2 pn..bkn ak nk buruk2 kan sumer foreigner
x sumer jahat ek..
wsalam...smbung len kali ye!
Saturday, October 3, 2009
SAPE YG SUKA SGT MKN FRIES.....BACA NI!!!!
Bagaikan 'bom jangka'
Dengan kalori yang tinggi termasuk lemak tepu dan lemak trans, kentang goreng lebih memudaratkan kesihatan anda.

Dewasa ini, kulinari Barat semakin diterima dalam menu hidangan kebanyakan rakyat Malaysia. Kentang goreng adalah antara yang bukan lagi asing. Daripada menjadi hidangan popular di restoran makanan segera atau dihidangkan bersama sajian Barat seperti stik atau digoreng sendiri di rumah, kentang goreng begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja.
Kesedaran masyarakat terhadap kesihatan hari ini yang semakin tinggi mendorong kebanyakan daripada kita menyedari keburukan di sebalik kelazatan kentang goreng.
Walaupun, kentang sebenarnya merupakan sumber karbohidrat yang baik, tetapi penyediaan kentang yang digoreng kemudian ditaburkan pula dengan perasa seperti garam menyebabkan menu ini lebih banyak mendatangkan keburukan.

Apatah lagi jika hidangan ini dinikmati di restoran, biasanya minyak yang digunakan untuk menggoreng digunakan berulang-ulang kali sehingga selalunya warna minyak bertukar hitam. Menurut pakar pemakanan Institut Jantung Negara, Mary Easaw, minyak digunakan berkali-kali akan menyebabkan kandungan kalori pada makanan yang digoreng semakin tinggi dan membahayakan kesihatan.
Malah, penyelidikan nutrisi antarabangsa mendedahkan dalam satu hidangan kentang goreng, biasanya kandungan kalori hampir separuh daripada keseluruhan nutrisi yang ditawarkan sajian itu.
![]() |
|
Fakta nutrisi menyatakan bagi satu hidangan besar kentang goreng sekitar 169 gram, ia mempunyai 539 kalori, 63.4 gram karbohidrat dan 28.8 gram lemak iaitu 6.7 gram lemak tepu, 7.4 gram lemak trans serta lain-lain.
Tahukah anda berapa lama masa yang anda perlu untuk membakar 539 kalori? Ia bersamaan dengan 40 hingga 60 minit berlari di atas treadmill. Persoalannya, kalau anda fikir kembali, berapa kerapkah anda bersenam dan keduanya, sekiranya anda berada di atas treadmill, berapa lama biasanya anda melakukan larian?
Bagi yang pernah menggunakan treadmill, pasti sudah dapat membayangkan ia bukanlah sesuatu yang berbaloi untuk berlari selama satu jam hanya untuk membakar satu hidangan kentang goreng.
Bagaimanapun, sebagai satu penulisan yang adil, perlu untuk pembaca ruangan ini menyenaraikan juga nutrisi baik yang terkandung di dalam kentang goreng. Satu hidangan besar kentang goreng juga mempunyai dua peratus kalsium, 13 peratus zat besi, lapan peratus vitamin C dan 5.9 gram fiber.
Namun begitu, selain kebimbangan mengenai kandungan kalori yang tinggi, satu lagi kerisauan pakar pemakanan ialah keburukan lemak tepu dan lemak trans. Kajian mendapati kedua-dua lemak ini meningkatkan kolesterol jahat (LDL) sekali gus mendorong kepada risiko penyakit jantung koronori (CAD).
Malah, dengan ramai ibu bapa sudah menghidangkan anak-anak mereka dengan kentang goreng setiap hari, anak kecil anda terdedah untuk mendapat penyakit jantung lebih awal daripada biasa.
Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi, Datuk Dr. Azhari Rosman, menyatakan plak kolesterol sudah terjadi sejak seseorang berusia lapan tahun lagi. Plak kolesterol yang semakin tebal akan menyebabkan darah tersumbat dan menyebabkan CAD.
p/s:Dipetik dr Kosmo! (Kesihatan)
KENA BERSENAM...JGN TAU MKN JEE..
Tuesday, September 29, 2009
DONUT CHEESE
Bahan-bahan ( 25-30 )
- Bahan A
- 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar gula halus
- 3 sudu besar lemak sayur
- 3 sudu besar susu tepung
- Bahan B
- 190ml air suam
- 2 camca teh instant yeast/ mauripan
Cara-cara
- Kalau guna bread maker masukkan kesemuanya..if brand cosway no 51 sebanyak 4 kali...30 minit kalau uli tangan..uli sikit-sikit sampai tak melekat.
- cheese dipotong 4,6,8..ikut suka..ambil sedikit adunan tadi..masukkan cheese kedalamnya dan bulatkan..buat sampai habis
- Biarkan sebentar dalam 15-30 minit atau sehingga ia kembang...pastu goreng..selepas digoreng salutkan dengan gula castor tadi.
- kalau nak buat frozen...goreng sekejap warna seperti kuning air.masa panas-panas tu masukkan dalam bekas frozenkan.
RESIPI
SPAGHETTHI BOLOGNESE
(dr mutiarazura@myresipi.com)
Bahan-bahan ( 6 orang )
- 500 gram spaghetti (sepaket)
- 500 gram daging lembu cincang
- 200 ml susu
- 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
- 1 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1 tin sedang tomato puri
- 4-5 tomato segar ranum - didadu
- 1 batang carrot – didadu kecil
- 2 batang celery – didadu kecil
- 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
- 1 kiub stok daging lembu (optional)
- 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
- Sedikit garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
- 2 sudu besar butter
- Parutan keju parmesan – untuk menghidang
- NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
- NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.
Cara-cara
- Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
- Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
- Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
- Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
- Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
- Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
- NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
- Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
- Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
- NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian.
BLACK PEPPER HONEY CHICKEN GRILLED
(dr ujenzz@myresipi.com)
- 1 ekor ayam dibersihkan..Nak potong boleh nak biar sekor pun boleh
- 2 sb Jintan Putih ( disangai tanpa minyak)
- 2sb Jintan Manis ( disangai tanpa minyak)
- 2 sb Lada hitam ( bleh lebih kalau nak pedas)
- 4 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 inchi halia
- 2 batang serai
- Madu, Kicap Manis, Sos Tiram, Garam dan gula secukupnya
Cara-cara
- Tumbuk jintan putih, jintan manis dan lada hitam hingga lumat
- Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan serai. Tumbuk sehingga lumat
- Masukkan madu,kicap,sos tiram, garam dan gula..gaul2 dalam lesung tadi.
- Lumur bahan2 nie pada ayam dan perap selama yang boleh
- Bakar dalam oven bersuhu 180-220 selama 40-60 minit.Ikut kesesuaian oven anda.
- Tips:- Kalau nak ayam yg berminyak sikit..boleh masukkan 1-2 sudu minyak masak/minyak zaitun dalam adunan perap tadi.
- Tips2:- Sedap di makan dgn sos lada hitam.
Wednesday, September 2, 2009
mai la rase....mmmmmphh
haa....ni la chicken chop yg ade kt kdai N'N WESTERN FOOD...yg ni belum letak kuah dia lg..nnti customer dtg amik bru ktorang letak kuah 2.nmpak sedap kn??klu rase lg la sedap...hehehe..try r..mesti nk lg woo..
p/s: gmbr ak xde..huhu..spatutnye..ak yg pegang chicken chop 2...waaaaa...
em,ayu pn wt part time kt cni gak...
my name is TORTILLA...hehehe..mesti ade yg tertanya-tanya..ape kebende la TORTILLA ni..klu yg dh prnah mkn ok r..TORTILLA ni kt dlm 2 ade fries, sos cili, mayonis, sos ayam, salad n tomato n ayam yang d grill (dgn perisa yg tersendiri)...skali rasee..msti nk lg..cayalah..oh ye..lupa nk bgtau..RM3.oo setiap satu...skali skala promote..xsalahkan.
ok la dulu...memang byk lg contoh2 makanan barat..nanti kak ti sambung len kali naa...