Tuesday, September 29, 2009

DONUT CHEESE

Bahan-bahan ( 25-30 )

  • Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar lemak sayur
  • 3 sudu besar susu tepung
  • Bahan B
  • 190ml air suam
  • 2 camca teh instant yeast/ mauripan

Cara-cara

  1. Kalau guna bread maker masukkan kesemuanya..if brand cosway no 51 sebanyak 4 kali...30 minit kalau uli tangan..uli sikit-sikit sampai tak melekat.
  2. cheese dipotong 4,6,8..ikut suka..ambil sedikit adunan tadi..masukkan cheese kedalamnya dan bulatkan..buat sampai habis
  3. Biarkan sebentar dalam 15-30 minit atau sehingga ia kembang...pastu goreng..selepas digoreng salutkan dengan gula castor tadi.
  4. kalau nak buat frozen...goreng sekejap warna seperti kuning air.masa panas-panas tu masukkan dalam bekas frozenkan.
p/s : resipi ni ambik kt my resipi (mazurah@myresipi.com)

RESIPI


SPAGHETTHI BOLOGNESE


(dr mutiarazura@myresipi.com)

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepaket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian.

BLACK PEPPER HONEY CHICKEN GRILLED

(dr ujenzz@myresipi.com)
  • 1 ekor ayam dibersihkan..Nak potong boleh nak biar sekor pun boleh
  • 2 sb Jintan Putih ( disangai tanpa minyak)
  • 2sb Jintan Manis ( disangai tanpa minyak)
  • 2 sb Lada hitam ( bleh lebih kalau nak pedas)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inchi halia
  • 2 batang serai
  • Madu, Kicap Manis, Sos Tiram, Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Tumbuk jintan putih, jintan manis dan lada hitam hingga lumat
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan serai. Tumbuk sehingga lumat
  3. Masukkan madu,kicap,sos tiram, garam dan gula..gaul2 dalam lesung tadi.
  4. Lumur bahan2 nie pada ayam dan perap selama yang boleh
  5. Bakar dalam oven bersuhu 180-220 selama 40-60 minit.Ikut kesesuaian oven anda.
  6. Tips:- Kalau nak ayam yg berminyak sikit..boleh masukkan 1-2 sudu minyak masak/minyak zaitun dalam adunan perap tadi.
  7. Tips2:- Sedap di makan dgn sos lada hitam.

Wednesday, September 2, 2009

mai la rase....mmmmmphh

keja kt kedai western food ni mmg best...ye r..dpt merasa makanan yg asl dr org putih ni..kitorng yg keja kt cni leh dikatakan tiap kali keja leh mkn ape yg ktorg nk...kak na ngan abg zam pemurah sgt orgnyer...xtipu ek..ikhlas dr hatiku..hehehe..xcaya tnya r kt yg lain...ak dh merasa chicken chop, chicken grill, fries n byk lg...klu burger 2 xpyh cakap r...byk kali dh try..huhu



haa....ni la chicken chop yg ade kt kdai N'N WESTERN FOOD...yg ni belum letak kuah dia lg..nnti customer dtg amik bru ktorang letak kuah 2.nmpak sedap kn??klu rase lg la sedap...hehehe..try r..mesti nk lg woo..



ek eleh...tgok 2..sempat ag diorang nk posing kt dapur.mklum laa...nk jd model x kesampaian..model chicken chop pn ape kurangnye kan..hehehe..jgn mrh ye k.na n ayu...tak tumbuh xmelata,tak sungguh x kata...hehehe

p/s: gmbr ak xde..huhu..spatutnye..ak yg pegang chicken chop 2...waaaaa...
em,ayu pn wt part time kt cni gak...




dan....Korang sumer pn tau kan ni ape...FRIES!!!xmahal pn...1 plate ni RM2.oo jew..sape2 pn leh beli r..emmm...yummy!!



my name is TORTILLA...hehehe..mesti ade yg tertanya-tanya..ape kebende la TORTILLA ni..klu yg dh prnah mkn ok r..TORTILLA ni kt dlm 2 ade fries, sos cili, mayonis, sos ayam, salad n tomato n ayam yang d grill (dgn perisa yg tersendiri)...skali rasee..msti nk lg..cayalah..oh ye..lupa nk bgtau..RM3.oo setiap satu...skali skala promote..xsalahkan.




hohoho.....donut pn ade...lembut n boleh tahan saiznya...tau x?donut pn dikira makanan yang berasal dari negara Barat dan digemari oleh masyarakat di sana...klu kt kedai ni, donut la yang paling mendapat sambutan...usahkan student Melayu, student India n Cina pn suka..donut 1MALAYSIA katakan.....

ok la dulu...memang byk lg contoh2 makanan barat..nanti kak ti sambung len kali naa...